Saturday, 10 October 2015

Its Difficult untuk permulaan

Thoughtful

Ya itu perkataan pertama untuk aku describe kan macam mana permulaan penghijrahan .Kau kene kuat . Kuat sekuatnya . Kau jangan dengar cakap orang . Kau terus sahaja melangkah kedepan dan kedepan . Jangan sesekali berhenti . Sebab apabila satu detik kau berhenti untuk move on kau akan ada tiga pilihan kau terus kedepan atau kau berhenti setakat ini atau kau berpatah balik kebelakang . 

Tapi kalau kita buat keputusan dengan nafsu mesti kita akan berhenti setakat ini dan berundur kebelakang , Kerana bagi nafsu nikmat dunia segalanyaa . nikmat dunia bagi hidup kau warna warni . tapi itu semua dusta . Dusta belaka . Itu hanya bisikan syaitan untuk kau terus kan penghijrahan kau .
Jangan dengar bisikan dusta , Tapi buat keputusan mengikut syariat islam, mengikut ilmu agama yang kita sudah mempelajari . Dan banyak berdoa kepada allah sewaktu dalam penghijrahan . 

Doa itu senjata mukmin . Yup ! aku selalu pegang kata-kata itu . Supaya aku terus melangkah kedepan dengan pertolongan allah dan aku percaya allah sentiasa bersama aku dalam penghijrahan ini . Aku kuat dengan kata kata azimat itu . Baru kau akan terus membara kedepan dan kedepan . 

Tapi penghijrahan ini bukan mudah yang kita jangkakan waktu mula mula dulu . Nak biasakan diri kita yang dulu nak ke sekarang itu amat sukar , Teramat sukar . 

Dulu kau kasar , kuat memaki , adab kau tak pernah nak jaga . Ikut kepala kau nak buat apa . Tapi sekarang kau dah belajar , Adab itu mengatasi ilmu . Walaupun kau belajar ilmu menggunung pun adab kau tak jaga , berentak .

Sekarang kau kene belajar beradab dengan orang , jaga tatasusila , Jaga lisan percakapan . Jaga tingkah laku , Jaga adab pakaian kau dekat luar . Kau kene ingat bila kau diluar kau membawa maruah pondok kau . Behalf diluar sana its important untuk kau .

Tapi berubah bukan makan masa satu hari . ia boleh jadi bertahun . untuk kau sesuaikan diri kau sendiri dengan setiap apa yang kau dah belajar .

Tapi doa itu senjata mukmin , kau minta dekat dia permudahkan segala urusan kau . in shaa allah it will be . Allah maha mengetahui . Bergantunglah pada dia 100% jangan bergantung dengan manusia . Jihad dngn nafsu sayang , In shaa allah akan balas apa yang kamu buat di dunia ni dekat akhirat nanti . sabar sayang ,  sabar itu pahit seperti hempedu tapi hasilnya manis seperti madu . ingat tu .