Aku perempuan yang baru dalam penghijrahan . Dulu aku hanya sekolah menengah seperti perempuan remaja lain. Dulu pakaian aku sekadar seluar black skinny dan Tshirt ataupun kemeja . Dulu aku wanita free hair . Dulu pergaulan aku tak ada batas . Dulu aku ada pasangan . Dulu aku budak social networking . Dulu aku sentiasa follow up what's new trending . Dulu aku tak pernah fikir dosa. Dulu aku suka bash budak pakai tudung labuh di sekolah . Aku gelarkan ia ustazah. Dulu aku jahil . Dulu aku tak pernah fikir akhirat . Dulu aku tak pernah fikir kesusahan ibubapa aku cari duit. Dulu yang aku tahu apa aku nak , aku akan dapat . Dulu aku hanya ada asas agama sahaja . Dulu aku tak suka orang obses agama . Dulu aku tengok orang pakai purdah niqab ini nampak menyusahkan dan aku akan anggap perempuan pakai purdah tudung labuh ini sekadar mahu menunjukkan muslimah . Tapi itu dulu . . . . . .
Masa aku dalam dunia kejahilan . Masa aku sesat didalam hidup aku sendiri . . Dulu aku minat jalan dalam gelap aku rasa seronok! Tapi kegelapan merosakkan aku . Jalan gelap buat aku sampai tak dapat nak keluar cari jalan Aku tergapai - gapai cari cahaya untuk bawa aku keluar dari kegelapan itu .
Sekarang aku di rantauan , Aku merantau ke jalan penuh diredhai oleh pencipta aku. Sekarang aku dalam penghijrahan. Sekarang aku menuntut ilmu di Madrasah Ad - Diniah Al - Bakriah , Pondok Pasir Tumboh, Kelantan . Sekrang pakaian aku berjubah , berstoking , Berjilbab dan berniqab . Sekarang aku tidak lagi boleh mengharapkan emak aku membasuh baju , memasak untuk aku , menemankan kerana sekarang aku sedang belajar hidup berdikari hidup tanpa mak dan ayah dirantauan . Disini baru aku tahu keseronokkkan , ketenangan , kasih sayang sebenar . Disini buat aku terasa takut akan dunia luar . Disini baru aku tahu apa tujuan aku hidup selamaini . Disini baru aku tahu keseronokkan dunia tak bawa kemana .Disini buat aku sayang agama aku . Disini buat aku rasa apa itu kasih sayang sejati . disni baru aku rasa nikmat allah bagi dekat aku . Disini buat aku rasa diri aku ini tak layak masuk mana mana pintu syurga . Disini buat aku kenal diri aku siapa . Aku hanya pendosa tanpa noktah . Aku manusia yang tak lari dari buat dosa . Aku mula rasa kerugiaan besar dalam diri aku . Kerugian yang mana " Kenapa tak dari kecil lagi aku masuk disini " Ya allah sungguh teraasa rugi yang teramat ya allah !